Monday 28 February 2011

: TAJUK:
“THE WAY OF LIFE”


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Hanisah Binti Hasbullah
No Matrik : 2010257144
Kumpulan: BMB2Ac


PROGRAM:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
(BM 223)

TARIKH HANTAR:
 2 MAC 2011





Senarai Kandungan

BIL.
PERKARA
HALAMAN

1.
2.
3.
4.




5.
6.
7.
8.

Isi kandungan
Abstrak
Pendahuluan
Pengertian
4.1 Pengertian Agama
4.2 Pengertian Islam
4.3 Pengertian Muallaf
Cahaya seorang Muallaf
Renungan
Penutup
Rujukan







Abstrak
            
           Dalam prinsip penentuan  pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing.

Surah Al-Baqarah ( Ayat  256 )
Maksudnya: Tiada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama ) Yang utuh Yang tidak akan putus . Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Penerimaan Zakat
  1. Diberi kerana mereka dianggap mempunyai kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat dan diterima oleh golongan masyarakatnya.








Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.




 Pendahuluan

Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia menuju kesesatan.

Alhamdulillah,Bersyukur kehadrat Illahi atas  sempurnanya kerja kursus yang di pertanggungjawabkan keatas saya. Tajuk yang saya pilih ialah mengenai kehidupan seorang muallaf  dalam mencari agama sebenar. Kisah ini diceritakan sejak awal pengislaman dan tentangan-tentangan daripada keluarga serta harapan saudara baru ini. Kisah benar ini boleh di jadikan teladan kepada kita tentang kesedaran hidup berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Kita yang sememangnya beragama Islam mengapa masih ragu-ragu dalam menjalani kehidupan sedangkan saudara baru lebih jelas dengan keindahan Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang lengkap.
Firman Alah SWT:
" ..jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu hal, kembalikah kepada Allah dan Rasul..".
Subhanallah, En.Saiffuddin  yang telah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam mengakui setelah mengkaji secara ilmiah Al Quran dan As Sunnah dan dengan fikiran terbuka akhirnya jalan kebenaran ditemui jua. Memilih Islam yang terbaik dari segala anutan yang lain, Islam malah sebagai ad deen, atau 'the way of life' yang tidak bolah disamakan dan dibandingkan dengan ajaran agama lain. Sabda Rasulullah "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"




Pengertian

4.1 Pengertian Agama
Secara umumnya, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan. Agama dinisbahkan sebagai Islam yang membawa erti kepercayaan kepada Tuhan (Allah) dan sifat-sifat serta kekuasaan-Nya, disertakan dengan penerimaan ajaran dan perintahnya. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut sebagai mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan bukan agama ciptaan manusia.

4.2 Pengertian Islam
Maksud Islam dari segi bahasa ialah nama kepada agama samawi (langit) yang diturunkan Allah melalui perantaraan wahyu kepada para nabi yang dilantik dari kalangan manusia untuk dijadikan pegangan hidup. Islam berasal dari perkataan Arab iaitu daripada kata kerja ‘salima’ yang bererti bersih dan sunyi dari sebarang kebinasaan zahir dan batin, perdamaian dan keamanan dan juga ketaatan dan kepatuhan.
Islam  dari segi istilah pula kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan lahir daripada kesedaran diri dan bukan kerana terpaksa. Orang yang mentaatinya diberikan pahala sementara orang yang mengingkarinya dikenakan dosa.

FirmanAllahs.w.t :                                                                                                                                                                  
Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
( Surah Ali Imran: 85)


4.3 Pengertian Muallaf

'Muallaf' menbawa maksud orang yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam.
Merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Taubah (Ayat 60) berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat, yang dimaksudkan dengan kalimah ' wal muallafati qulubuhum ' ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam (muallaf) dan ingin memeluk Islam serta mula berjinak-jinak dengan Islam.




  Cahaya Seorang Muallaf


Berkisar mengenai tokoh muallaf yang saya temuramah, En.Saiffuddin Hong Bin Abdullah atau nama asal beliau sebelum memeluk islam iaitu Hong Tuck Hue,sejarah awal beliau bermula sejak beliau dilahirkan di Johor Bharu. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Johor Bharu dalam keluarga cina pada tanggal 24 August 1944 dan kini beliau telah menjangkau usia 67 tahun. Beliau telah berjaya memeluk islam pada tahun 1972 di Pejabat Agama Islam Selangor bersaksikan yang Maha Kuasa atas janji dan sumpah setia keranaNya. Hasil perkongsian hidup bersama Pn.Sabariah Binti Mansor, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Fadhli Bin Saiffuddin dan Muhammad Faez Bin Saiffuddin. Kini, beliau menetap bersama isteri dan anak-anak di Kajang, Selangor. Setelah bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia, beliau lebih banyak meluangkan masa di rumah di samping membantu isteri tercinta melaksanakan tugasan harian di rumah.

        Apabila di tanya punca utama En.saiffuddin memeluk Islam. Beliau mengakui bahawa kisahnya bukanlah unik dan sehebat orang lain yang mendapat mimpi atau berlaku peristiwa besar dalam hidup mereka.  Katanya,dia mula berminat dan tergerak hati untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam setelah melihat cara hidup Islam yang lengkap dan menyeluruh dari pelbagai sudut.
 

sesi temuramah
          

          En.Saiffuddin dibesarkan di dalam suasana perkampungan Melayu sejak kecil lagi di Ulu Choh, Johor. Beliau lebih senang bermain dan bergaul bersama rakan-rakan melayu Islam di kampung. Setelah mencecah usia 12 tahun, beliau sudah mula tertarik dengan ajaran Islam sehingga terikut-ikut untuk bersahur dan berpuasa di bulan Ramadhan. Setelah menyatakan hasrat dan keinginan beliau untuk terus mendalami ajaran Islam kepada keluarga, mereka menentang sekeras-kerasnya lalu membantutkan keinginan beliau untuk memeluk Islam. Namun minat yang mendalam terhadap Islam mendorong beliau untuk terus mempelajari Islam melalui pembacaan dan rakan-rakan beragama Islam.

         Setelah tamat persekolahan, beliau memilih untuk berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia. Sepanjang berada di dalam Angkatan Tentera, beliau masih selesa bergaul bersama rakan-rakan melayu Islam. Keinginannya mula bercambah memandangkan ramai kenalannya dari golongan yang beragama Islam. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan membaca buku-buku mengenai Islam dan cara hidup Islam. Oleh yang demikian, kesempatan ini digunakan oleh beliau untuk meneruskan semula hasrat yang terkubur semasa beliau masih kecil iaitu untuk memeluk Islam. Apabila sudah benar-benar yakin dengan kata hati beliau untuk menjadi sebahagian daripada Islam, hasrat itu dinyatakan buat kali yang kedua kepada keluarga beliau. Namun, seperti yang dijangka, keputusan keluarga beliau sememangnya mengecewakan kerana mereka kurang bersetuju dengan tindakannya yang memilih Islam sebagai panduan hidup.

En.Saiffuddin semasa berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia


Minat yang mendalam terhadap Islam menyebabkan En.saiffuddin yakin kepada Allah sebagai teras utama agar Allah mempermudahkan segala urusannya manakala Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai teras pegangan dan petunjuk. Allah bagaikan mempermudahkan segala urusan En.saiffuddin dalam mendalami agama Islam.
Surah Al-A’raaf (Ayat : 96)
Maksudnya:  Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasulullah kami), lalu Kami melimpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

           Akhirnya, keluarga En.Saiffuddin merestui keputusan yang diambil oleh beliau untuk memeluk Islam. Namun, tidak semudah yang disangka, sebagai saudara baru pastinya mereka tidak lepas daripada ujian yang diberi antaranya seperti yang dinyatakan dalam kisah En.Saiffuddin iaitu tentangan daripada keluarga beliau sendiri yang menyebabkan beliau gagal memeluk islam sejak kecil walaupun keinginan itu ada. Selain daripada itu, kesibukkan beliau sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia turut menjadi penghalang beliau untuk mempelajari Islam. En.Saiffuddin juga turut tidak terlepas daripada cemuhan serta ejekan daripada rakan-rakan beliau yang bukan beragama Islam sebagai contoh dengan gelaran ‘muallaf’ yang seolah-olah mempersendakan tindakan beliau memeluk Islam. Alhamdulillah,segala tentangan  dan cabaran yang datang dapat dihadapi dengan tabah dan sabar oleh En.saiffuddin malah tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mempelajari Islam. Namun yang pasti, kehidupan beliau menjadi lebih baik dan tenang dengan kehadiran Islam dalam hidup beliau.



      

En.Saiffuddin bersama keluarga





 Renungan

1.    Jangan berterusan memanggil orang  yang baru memeluk Islam dengan panggilan ‘Muallaf’. Hanya sekali Allah menyebut di dalam Al Quran dalam Surah At Taubah dalam ayat berkaitan dengan asnaf zakat. Natijahnya saudara kita seolah dikelaskan dengan satu kelas yang tidak berganjak dari mula masuk Islam sampai ke mati. Keluarga saudara kita juga merasakan sesuatu penghinaan kepada anak-anak mereka.

2. Masuk Islam bukan masuk melayu. Awasilah lidah anda dari menyakitkan hati mereka berkenaan bangsa. Kita adalah satu agama dan satu bangsa.Bak kata pepatah melayu ” jangan kerana mulut badan binasa”

3. Bertanggung jawablah kepada saudara baru yang memeluk Islam, didiklah mereka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain, khususnya kepada keluarga mereka. Dedahkan dengan keindahan Islam yang mementingkan kasih sayang.Selain itu juga,curahkan kepada mereka nilai-nilai murni islam supaya mereka menjadi umat islam yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak nanti.





Penutup
          
            Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan ugama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.
           Akhir kata, kita sebagai mukmin perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam dan seharusnya kita mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh atau paling tidak berusaha untuk menuju ke arah kebaikan.




Rujukan
En.Saiffuddin Hong Bin Abdullah dan keluarga
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mualaf

.